TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Wednesday, January 27, 2010

MEREKA MENINGGALKAN KITA - 1

Mereka meninggalkan perjuangan 2 hari sebelum keputusan injuksi dibenarkan oleh mahkamah.

Ada penama dibawah yang memaklumkan mereka diberitahu oleh Idris dan rakan-rakan perihatin beliau bahawa kes injuksi akan kalah dan IJM akan saman penduduk gantirugi sebanyak RM70 juta.

Tuduhan Idris pertama seperti di dalam surat layang bahawa saya dan AJK Bertindak memalsukan tandatangan penduduk. Jawatankuasa tidak amanah dan nak gadaikan harta penduduk.

Bila kita nafikan seperti akuan bersumpah saya, Deris maklumkan mungkin mereka terlepas pandang. Kemudian keluar pula tuduhan kita tak maklumkan bahawa kita turut saman MPS. Ada yang timbul ketakutan dengan alasan sebagai penjawat Awam. Masalah kita sebenarnya maklumat dari Idris dan kumpulan perihatin tidak tepat kerana mereka bukan peserta. Mereka mana tahu keputusan mesyuarat serta perbincangan yang dibuat serta makluman yang kita edarkan kepada peserta melalui maklumat di surau, SMS serta flyer yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak.

Abang Zul JPJ(Penama atas nama isteri Amnah dia adalah penyokong kuat kini berpaling tadah dengan alasan selaku penjawat awam. Satu ketika beliau dengan bangga memperkenalkan peguam kita kepada rakan beliau di Mahkamah. Setiap SMS saya dijawab dengan yakin.Hadir di perbincangan dan memdakwa kumpulan prihatin bodoh ,kalau tahu datang ke surau dapatkan maklumat sebenar

Sdr Hafiz dia hadir diperbincangan , juga lahir kemarahan sikap kumpulan perihatin yang tak mahu hadir ke surau memdapatkan maklumat. Bila kita maklumkan dia tandatangan di surau dan bawa pulang ke rumah untuk tandatangan isteri beliau, kita dimaklumkan sahabat lain bahawa beliau banyak dapat projek dengan MPS


Shahein dia sewaktu taklimat memohon untuk meninggalkan majlis awal kerana hal peribadi dan sambil memegang saya maklumkan Pak Ya you don't wo
ried my vote once for you.

Abg Zainal, soalannya hanya satu sahaja . Boleh menang ke kita?

Jamirus bila gagal mendapatkan sokongan dari ipar beliau memutuskan tidak akan menyokong mana-mana pihak

Pak Ali dan isteri hadir di sebutan pertama kes kita. Firdaus maklumkan beliau telah diberi penerangan oleh Idris agar menarik diri kerana kes penduduk akan kalah dan IJM akan saman penduduk RM70 juta.

Mejer Azhar yang mewakili isteri beliau hadir dalam semua perjumpaan awal didalam bantahan kita. Suatu ketika marahkan saya kerana senantiasa hadir di surau memakai pakaian yang punya lambang PAS. Kalau beliau dan rakan marahkan saya kerana mendengar VCD ceramah PR,saya juga boleh marah kepada membawa alat muzik ke POS Rondaan. Tapi tiada sebarang bantahan kerana saya yakin itu hak masing.

Kini sampai ke telinga saya beliau bercerita dengan kata macam nie ke Pak Ya sebagai ahli PAS bersikap buruk dan menabur fitnah di dalam taman.




Terkedu saya memikirkan apa fitnah yang saya buat
Sambung............

Monday, January 25, 2010

ADUKA OH ADUKA

Alfatihah untuk Almarhum Sultan Johor

Gegak gempita di alam blog bila AT buat hal.

Keceluparan mulut beliau menghina ulamak selama ini menerima balasan.

Selama ini ulamak dalam PAS langsung tidak diambil tindakan, hanya doa-doa mereka mengadu kepada ALLAH agar penulis seperti AT diberikan keinsafan dan hidayah.

Tanpa beliau sedar tulisan yang menyentoh raja memakan diri. Seharusnya isu ini menginsafkan serta bermuasabah atas bala ini. Oleh itu bersedialah berhadapan dengan hukuman.

Yang pasti bro denda RM50,000 serta penjara.

Sepatutnya dia sentuh mengapa marahkan kristian guna perkataan ALLAH tetapi budaya kristian ditiru tidak dihiraukan. Lihat muka depan akhbar Berita Harian. Ianya di hitamkan bagi mengambarkan kesedihan atas kemangkatan Sultan Johor

Inilah budaya kristian yang banyak kita lihat daam drama-drama melayu antaranya drama Tanah Kubur. Mereka menggunakan pakaian warna hitam bila ada adegan kematian

Sebaiknya AT pergi mengadap Sultan Johor memohon maaf atas kesilapan ini

czack : Bila membaca tulisan AT disini kita boleh fikir untuk memadamkan capai blog beliau sama sepert kita padamkan capaian kidefella

Wednesday, January 20, 2010

Korupsi Sedang Menghancurkan Malaysia - Bayang-Bayang Indonesia Semakin Hampir

Terima kasih Perisik Rakyat

Di bawah ada sebuah artikel dari ASIA SENTINEL. Artikel menyatakan bahawa tahap simpanan wang asing telah jatuh dengan banyaknya pada tahun 2009.

Mengikut penulis artikel ini, ia adalah kerana peniaga2 yang berduit di Malaysia sudah tidak mahu melabur dalam negeri lagi. Mereka membawa wang mereka keluar negeri dan melabur di negara-negara lain.

Juga, wang Petronas dan Maybank sudah tidak lagi mengalir dalam negara tetapi luar negara dalam projek2 yang kita rakyat Malaysia banyak tidak tahu.

Seharusnya rakyat Malaysia harus mempersoalkan kenapa hidup kita makin susah, kos hidup making tinggi, kerja makin susah nak dapat, gaji kita makin kecik dan taraf hidup tidak berubah. Sedangkan harga minyak dan komoditi lain seperti kelapa sawit dan getah lebih tinggi dari 10-15 tahun yang lepas?

Seharusnya ekonomi Malaysia semakin aktif dan sehat dengan kenaikan harga komoditi yang dua kali ganda lebih tinggi dari 10-15 tahun lepas.

Namun, keadaan di Malaysia semakin menyedihkan. Faktor utama mengapa ekonomi Malaysia lembab adalah kerana KORUPSI.

UMNO gagal membentras korupsi kerana UMNO adalah BAPAK KORUPSI. Oleh kerana tahap korupsi semakin tinggi, dan bentuk bisness sekarang lebih berbentuk “perkhidmatan” yang tidak mempunyai asset yang tinggi, maka pelabur dalam negeri tidak mahu melabur dalam Malaysia.

Dengan membayar rasuah yang semakin tinggi, keuntungan yang mereka bakal dapat itu menjadi semakin rendah. Hasilnya, sebelum mereka mulakan bisnes mereka lagi, mereka sudah kata tidak berbaloi untuk meneruskan pelaburan mereka.

Akhirnya, pelabur2 domestik ini membawa wang mereka ke luar negara dan melabur di negara-negara lain yang tahap korupsi rendah.

Penghabisan sekali :
a. Ekonomi tidak berkembang
b. Kekayaan Negara tidak mengalir pada rakyat
c. Kehidupan rakyat makin tertekan dan tersepit

Semuanya angkara UMNO yang mempertahankan amalan korupsi dan salah guna kuasa. UMNO TIDAK AKAN DAPAT MENGAWAL KORUPSI kerana UMNO ADALAH PARTI KORUP.

Jadilah kita nanti seperti Indonesia dimana 1.5 juta gadis2 mereka terpaksa melacurkan diri untuk sesuap nasi. Nauzubillah min zalik.

KRT- KETUA PENGARAH JPNIN SEPATUTNYA PASTIKAN JANGAN ADA GANGGUAN TANGAN-TANGAN POLITIK

Ketua Pengarah juga kena tengok-tengok juga. Ada orang politik pengaruhi Pengarah peringkat Negeri untuk batal atau KIV KRT kerana Jawatankuasa bukan penyokong UBN walaupun ianya aktif seperti di Taman Bukit Margosa.

Pemimpin UBN yang rangkus kuasa sanggup bertindak mengganggu penduduk yang punya pandangan berlainan dengan mereka.

Sia-sia je peruntukan lebih 20.5 juta. Sikap pimpinan UBN serta juak-juaknya yang beginilah sebabkan penduduk tidak akan ada perpaduan. Peruntukan 20.5 juta ini pasti akan berlaku ketirisan

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

PUTRAJAYA 19 Jan. – Kerajaan menyasarkan sebanyak 70 peratus kawasan bandar dan pinggir bandar mempunyai Rukun Tetangga (RT) sendiri menjelang 2015.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, ketika ini terdapat 4,506 RT di seluruh negara meliputi 50 peratus kawasan bandar dan pinggir bandar.

Menurutnya, peruntukan tambahan sebanyak RM20.5 juta telah diperoleh pada tahun ini untuk menggerakkan aktiviti RT dan program perpaduan yang lain.

“Lebih daripada 500 RT baru telah ditubuhkan pada tahun lalu, melepasi sasaran awal sebanyak 300 RT yang ditetapkan sebelum ini.

“Kita pada masa yang sama tidak akan terlepas pandang RT yang tidak aktif, kita akan mengaktifkan semula RT ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru kepada kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di sini hari ini.

Menurutnya, RT bukan sahaja berperanan dalam mengawal keselamatan kawasan perumahan tetapi turut membantu menangani pelbagai isu lain termasuk dalam kontroversi penggunaan kalimah Allah.

“Semasa insiden serangan gereja berlaku, RT telah memainkan peranan dengan menenangkan penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan berkata, bajet untuk jabatan tersebut telah dipotong sebanyak RM30 juta pada tahun ini daripada RM170 juta kepada RM140.95 juta.

Tuesday, January 19, 2010

AJL 24 KEBETULAN YANG MENARIK

Terima kasih CINA ISLAM

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24,
mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.


Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;





Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?


Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?


Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.

Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.


Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.





* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?

Apa persamaannya?

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.


MARGOSA - MAMPUKAH KITA MENDAPAT KEPUTUSAN SEBEGINI

Teruskan kita berdoa kepada ALLAH

Petikan dari Malaysiakini

Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.

Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.


"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.

Wednesday, January 13, 2010

KERAJAAN PEKAK BADAK HOI ....APA LAGI NAK KITA HARAPKAN PADA UBN-BAJET PENDIDIKAN DIPOTONG

Pembiayaan dibuat untuk pasukan F1 malangnya belanja pendidikan dikurangkan. Payah bila kita serahkan kepad UBN memerintah negara ini.

Harapan ibu bapa yang ingin melihat anak mereka berjaya terencat. Di awal tahun ibu bapa yang ingin melihat anak merka cemerlang berusaha mendapatkan tempat ke sekolah-sekolah berasrama yang menjanjikan suasana pembelajaran yang terbaik untuk anak mereka.

Bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah dengan saingan untuk memastikan keputusan akademik anak cemerlang kos terendah ialah memasukan anak ke asrama penuh atau sekolah harian yang mempunyai asrama.

Jika anak bersekolah biasa keperluan agar anak untuk mencapai kecemerlangan pastinya anak akan dihantar ke pusat tusyen. Bagi yang berpendapatan tinggi ia bukan masalah tetapi tidak yang berpendapatan rendah.

Selain kos yuran , kos pengangkutan, duit poket. semua perlu diambil kira bagi yang berpendapatan rendah.

Bila anak di asrama sekurangnya kos tambahan di atas tiada dan waktu pembelajaran yang teratur.

Ramai yang berkata kalau nak berjaya tak semestinya belajar di asrama. Betul, ini tak dapat dinafikan.

Tetapi hakikatnya di asramalah ramai melahirkan pelajar yang cemerlang. Lebih- lebih lagi di sekolah berasrama penuh yang punya nama dan kejayaan seperti TKC. SDAR, MRSM, MCKK dsbnya.

Bagi keluarga yang miskin, ini lah satu-satunya saluran untuk melihat anak mereka berjaya dan mengeluarkan kehidupan mereka dari gelembung kemiskinan. Kalau bapanya tukang kebun anaknya tidak lagi akan terperangkap dalam gelembung kemiskinan menjadi tukang kebun juga.

Kini bila kita damparkan harapan kepada UBN ianya bukan jadi juara rakyat tetapi pengkianatan kepada rakyat.

Waktu persekolahan 2010 bermula kita dikejutkan dengan
pelbagai peruntukan untuk pendidikan dibatalkan atau di tangguhkan.

Kita lihat antaranya sekolah harian biasa yang punya asrama seperti di Seremban ,Agama Haji Mohd Said dan di Kuala Pilah Sek. Men Zaaba., telah memaklumkan semua penghuni asrama dikehendaki pulang waktu hujung minggu kerana bajet makan dan minum untuk hari sabtu dan ahad tiada sehingga bulan Jun 2010.

Bayangkan kepada mereka yang berpendapatan rendah .Belanja tambahan yang terpaksa dikeluarkan dan waktu berkualiti yang terpaksa dikorban.Belanja pengangkutan untuk anak balik atau belanja kepada ibu bapa yang terpaksa mengambil anak pada hari jumaat dan dihantar semuaa pada hari ahad.

Inilah yang dikatakan slogon UBN rakyat didahulukan. Sanggup memotong bajet pendidikan tetapi berbelanja untuk Team FI. Mereka hanya fikirkan nama dan tembolok kroni sahaja manakala masa depan anak bangsa dan rakyat diketepikan.

Kita mendengar khabar juga dengan bajet pendidikan dipotong ada sekolah asrama penuh sekarang memilih pelajar dari keluarga pendapatan yang tinggi bagi memudahkan pihak pengurusan sekolah mendapat sumber wang bagi menjalankan aktiviti sekolah dari ibu bapa yang kaya. Ini penting bagi pengurusan sekolah kerana tuntutan kecermelangan pelajar dari semua pihak dibahu mereka.

Dengan peratusan pelajar yang skor A dalam peperiksaan amat tinggi saingan ke Asrama Penuh juga cukup tinggi.

Kalau dulu saingan berbentuk samada pelajar adalah dari anak kepada ibu bapa yang bertugas dalam bidang pendidikan samada anak guru atau anak mahupun saudara yang berkhidmat di jabatan atau kementerian pendidikan.

Saingan juga datang dalam bentuk apa hubungan politik dengan Pak Menteri.

Dan kini saingan di tambah samada ianya dari keluarga kaya atau miskin.

Inilah Malaysia Negara ku di pimpin oleh mereka yang pekak badak.

Rakyat perlu berani bertindak. Lebih lagi kepada guru.Merekalah yang patut turun ke jalan raya dan berikan peringatan kepada pemimpin pekak badak ini.

Gurulah sepatutnya memulakan langkah ini,\.

Yang pasti PRU 13 kita gulingkan UBN.

Adiossssssssssss


Tuesday, January 12, 2010

PERKATAAN ALLAH. UBN JANGAN SIBUK TANYA MANA PEJUANG PAS




Tak payah sibuk tanya mana Pejuang PAS. Hang Tanya mana pejuang UMNO . Sorok bawak ketiak KDN kot.

Petikan dari Kedahlanie
http://kedahlanie.blogspot.com/2010/01/dah-dok-kata-hangpa-perjuangkan-islam.html


Semenjak timbulnya isu penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah Herald, berbagai pihak pro KERAjaan bukan main galak lagi memainkan isu ini dan kebanyakannya mengajukan soalan - "kemana perginay pejuang Islam PAS..?"

Kenapa tanya mana perginya pejuang Islam PAS..?

Sejak dari dulu lagi PAS memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam di negara ini. Tetapi puaka-puaka UMNO memperlekehkan malah menghina PAS dan lebih malang lagi bilaman UMNO yang ("kununnya") 100% ahlinya berbangsa "MeLAYU Islam" mengambil mudah dengan saranan dan gesaan PAS.

Kini UMNO terdesak dan bertanya pula kemana pejuang Islam PAS. Bila sudah tersepit baru cari nak PAS ke..?

Cuba jawab soalan-soalan objektif seperti berikut :
  1. Siapa yang menghapuskan pembelajaran, pembacaan dan penulisan Jawi di Sekolah-sekolah dahulu..? UMNO ke PAS..?
  2. Siapa yang menghapuskan pemberian Wang Perkapita bagi Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dikeluarkan sebelum itu..? UMNO ke PAS..?
  3. Siapa yang merobohkan beberapa surau yang antaranya di suatu Kawasan Perumahan di Bandar Baru Bangi dan juga di kampung Bujal, Kemaman..? UMNO ke PAS..?
  4. Siapa yang memecat Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom apabila Allahyarham Datuk Mufti mempertahankan tindakan JAIS menangkap dan mendakwa dua wanita Islam yang mengambil bahagian dalam satu Pertandingan Ratu Cantik di Selangor..? UMNO ke PAS..?
  5. Siapa yang mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai JAIS apabila menyerbu dan mendakwa orang Islam (pemain muzik) yang didapati meminum arak di sebuah pusat hiburan yang dikenali sebagai The Ship..? UMNO ke PAS..?
  6. Siapa yang tidak membenarkan dan melarang Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu (apabila PAS berkuasa) menguatkuasakan hukum Hudud, Tanzir dan Qisas..? Malah siapa yang memperlekehkannya dengan mengatakan ianya Hudud PAS Kelantan dan Hudud PAS Terengganu..?
  7. Siapa yang menghina Sunnah Nabi dengan menyatakan bahawa Nabi Muhammad tidak mencukur janggut kerana pada zaman itu, tiada pisau pencukur (razor blade)..? UMNO ke PAS..?
  8. Siapa yang menguasai bidang kehakiman dinegara 1Malaysia ini..? UMNO ke PAS..?
Jika jawapannya ialah UMNO, maka apa perlunya kamu semua bertanya ke mana pergi pejuang Islam PAS pulak..? Bukankah UMNO sering kali mendabik dada menyatakan UMNOlah yang memperjuangkan Islam, membina Masjid Negara, mengadakan Perbankan Islam, menyediakan Universiti Islam..?

Kemudian menghina PAS pula dengan mengatakan PAS, parti Islam kolot, Parti Ajaran Sesat dan sebagainya. Menghina pemimpin-pemimpin PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz yang seringkali disebut oleh ahli dan penyokong extremist yang haprak UMNO terutamanya blogger-blogger pro UMNO dan penyokong-penyokong UMNO..?

Sehubungan dengan itu juga, kenapa tidak bertanya kemana perginya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej General (B) Datuk Sri Jamil Khir yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam..? Kenapa sehingga hari ini Mej Gen (B) Datuk Sri Jamil Khir diam membisu seribu bahasa..? langsung tidak ada sepatah pun menyebut tentang isu ini.

Dia bekas tentera dan pangkat tertinggi yang disandangnya sebelum menamatkan perkhidmatan adalah berpangkat Mej General pula, pastinya dia masih gagah. Tidak mungkin dia begitu penakut atau bacul. Ini ditambah pula dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim yang bukan kepalang kelulusannya dalam bidang agama dan bekas pensyarah di UIA pula. Bukan main tinggi kelulusan mereka, tetapi terus berdiam diri. Kenapa tidak ditujukan soalan sedemikian kepada mereka semua.

Tambah membingungkan lagi kenapa mufti-mufti negeri yang juga menyokong UMNO turut berdiam diri membisu..?

Bukankah PAS telah menyatakan pendiriannya bahawa mana-mana agama samawi (agama yang diturunkan dari langit) boleh menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka asalkan tidak menyalah gunakan nama Allah itu.

Di Eropah, Amerika dan di Indonesia pihak agama kristian telah lama menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka. Demikian juga penganut-penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak yang turut menggunakan nama Allah.

Sila rujuk Surah Al-Taubah ayat ke 30. baca dan fahamkan apa yang disebut oleh Al-Qur'an dan fahamkan akan kaitannya dengan isu ini.

Kini dalam keputusan mahkamah yang membenarkan pihak gereja Katholik dan juga majalah Herald menggunakan kalimah "Allah", penyokong dan ahli UMNO berdemonstrasi dan memdabik dada "kununnya" merekalah yang benar-benar memperjuangkan Islam, tetapi mengapa pula bertanyakan dan meminta bantuan dari PAS pula...?

Selesaikan sendiri. Bodoh ke bangang ahli UMNO ni..? Mintalah bantuan terus kepada Presiden dan Perdana Menteri UMNO. Apakah ahli dan penyokong UMNO haprak ini mahu menyerahkan kuasa kepada PAS dalam hal ini supaya PAS bertindak. Pastinya mereka tidak mahu.

Walau apa pun, percayalah kerajaan UMNO akan menyelesaikan masalah ini mengikut perundangan yang ada apabila KDN dan JAKIM memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Keputusannya akan pasti memihak kepada kerajaan (JAKIM dan KDN), Ini adalah helah kerajaan UMNO sahaja. Apabila mereka menang dalam kes rayuan itu kelak, maka rakyat (melayu yang beragama Islam) memuji melangit akan tindakan kerajaan UMNO yang akan dikatakan benar-benar membela Islam.

Maka berduyun-duyunlah rakyat berbaris memuji Perdana Menteri. Pelbagai sepanduk termasuk bendera UMNO akan dikibarkan di merata tempat. Satu kemenangan buat UMNO.dan pemimpinnya.

Semoga puaka-puaka UMNO dan seangkatan dengannya ini akan lebih sedar, insaf dan memahami akan kedudukan isu yang sebenarnya. Agama islam bukan sekadar kosmetik dengan membanggakan pembinaan masjid, perbankan Islam, Universiti Islam sahaja. Ia lebih kepada pemantapan aqidah dan iman umat Islam itu sendiri.

Thursday, January 7, 2010

OH NEGERA KU MALAYSIA - MENANTI POLIS BERTINDAK SEPERTI MAHKOTA MEREKA

Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan '''Allah''' dan '''Muhammad''' melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.

Meraung- raung puak UBN cuba untuk menjadi juara dalam isu penggunaan perkataan ALLAH.

Cerita basi yang diolah bagi menutup banyak isu lain yang lebih penting. Mereka lupa Polis bukan islam turut memakai mahkota yang ada lambang ALLAH dan MUHAMMAD .

Pernahkah mereka berdemo ke atas polis bukan islam ini yang menjunjung mahkota ini keluar masuk ke tandas tanpa menanggalkan mahkota itu.

Pernah ke mereka berdemo atau bincangkan penggunaan mahkota ini oleh polis bukan islam . Hari ini mereka hiruk pikuk bila bukan islam dibenarkan menggunakan perkataan ALLAH.

Memang UBN double standard. Kita yakin pimpinan PR boleh selesaikan dengan mudah. Lihat kehebatan Pemuda PAS. Bila UMNO beriya-iya nak buat demo, Pemuda kedepan dengan usaha berbincang dengan Paderi Kristian.
Kita bangga bukan islam bersama dengan kita mempertahankan negara. Kita tidak pernah ragui
Pegawai polis yang bukan islam telah lama menggunakan topi dengan mahkota lambang ALLAH


Memang tak pernah kerana tak memberikan mereka imbuhan politik kepada mereka.

Jadinya rakyat jangan tertipu dengan permainan UBN. Seorang rakan bekas askar yang begitu marah dengan isu ini kerap berkata "Sewaktu beliau dalam askar dah lama dah bukan islam mengusung mahkota dengan lambang Alah masuk keluar tandas tanpa menanggalkannya, masa tu tak ada yang bising. Mengapa sekarang bising.?

Sambung..........




Wednesday, January 6, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN- JAN. 2010


UNTUK SEMUA SAHABAT,
SEMUA DIJEMPUT HADIR

MAJLIS BACAAN DAN KHATAM 30 JUZ KALI KEDUA

ANJURAN : JAWATANKUASA BERTINDAK LEBUHRAYA DENGAN
KERJASAMA KRT, SRS DAN SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA

NIAT/TUJUAN: MEMANJATKAN KESYUKURAN DIATAS KELULUSAN YANG DIBERIKAN OLEH MAHKAMAH KEPADA PERMOHONAN INJUKSI KITA.

MEMOHON KEPADA ALLAH DIKEKALKAN KEMENANGAN INI DISAMPING DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN DIBERKATI SEGALA KEPUTUSAN BERSAMA YANG TELAH , SEDANG DAN AKAN DIBUAT.

MEMOHON AGAR KITA DI TAMAN INI DILINDUNGI ALLAH DARI SEBARANG MALAPETAKA DAN MEMOHON JUGA KEPADA ALLAH AGAR SAHABAT KITA YANG TERPENGARUH DENGAN DAKYAH SEGELINTIR ORANG KEMBALI BERSAMA KITA DALAM PERJUANGAN INI. DLL

METHODOLOGI : SETIAP PESERTA YANG TERBABIT DAPAT MENYELESAIKAN BACAAN AL-QURAN BERDASAR JUZUK YANG DIAMANAHKAN KEPADA MEREKA MULAI 1HB DISEMBER DAN MAJLIS KHATAM AKAN DIBUAT DI SURAU KITA. PADA 15HB JANUARI SELEPAS MAHGRIB.

• *PESERTA BOLEH MEYELESAIKAN BACAAN MASING-MASING DI SURAU ATAU DI RUMAH MENGIKUT KESESUAIAN MASA MEREKA *


# UNTUK SAHABAT YANG TIADA DI DALAM SENARAI JUGA DIGALAKAN SAMA MEMBACA JUZUK PILIHAN DAN HADIR BERSAMA SAMA SEWAKTU MAJLIS KHATAM.#

TERIMA KASIH ATAS SEGALA SOKONGAN YANG DIBERIKAN

SAYA YANG MENJALANKAN TUGAS,


(ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN)
PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK DAN SRS


SENARAI PESERTA MAJLIS BACAAN DAN KHATAM AL-QURA 30 JUZUK
ANJURAN JAWATANKUASA BERTINDAK LEBUHRAYA LEKAS TMN BK. MARGOSA
KALI KEDUA
JUZUK NAMA PESERTA JALAN
1 AZIZUL BIN ABD.RAHMAN M7
2 ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN M16
3 ROHAYA BINTI ABD.RAHMAN M16
4 MUHAMMAD HAZIQ B. BADRULHISHAM T10
5 ROHANI BIN ABD RAHMAN T10
6 BADRULHISHAM BIN HASHIM T10
7 MUHAMMAD BIN YAZID T8
8 ABU BAKAR T10
9 SHAHIRAN HASHIM M9
10 YAAKUB AMIN M7
11 MUSLIMAT
12 MUSLIMAT
13 MUSLIMAT
14 MUSLIMAT
15 HAMDAN M13
16 ZAINI ARIS M5
17 ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN M16
18 MUHAMMAD AZIM ZAKARIA M16
19 MOHD NAZIM HASSAN M13
20 RAUF ABD RAHMAN M12
21 RADUAN NASIR M7
22 HAJI AMRAN SAID MII
23 UST JEPRI BAHARI M9
24 HJ NAZIR M18
25 FIRDAUS RAMLAN ST6
26 UST. RAMLAN SALIH ST6
27 UST. RAMLAN SALIH ST6
28 JAMHURI JAMEL M18
29 UST. ZAMAK M18
30 ARIS UJANG M12



Monday, January 4, 2010

KITA GEMPUR UBN - AZAM KITA 2010

Semua bertanya apa azam anda. Iniah jawapan kita.

Selagi kita biarkan UBN berkuasa selagi itu lah kehidupan kita penuh dengan kurafat. PAS akan istihar gerakerja dengan slogan UMNO PENGKIANAT RAKYAT.

UMNO banyak membiarkan umat melayu (yang mendakwa sebagai islam) tergelincir akidah dengan berbagai falsafah, progrem ,propaganda dan sebagainya

Lihat sahaja cara mereka menandatangani isu penggunaan perkataan ALLAH. Lihat sahaja progrem di dalam TV. Lihat juga ucapan pemimpin-pemimpin mereka.

Berhujah umpama macam orang tak beragama. Mahkamah dipergunaakan sesuka hati. Meratah harta rakyat tapi rasa takut dan malu.

Mengharapkan mereka menjaga agama menghampakan

Mengharapkan mereka menjaga harta. Lihat sahaja enjin jet pun boleh hilang. Agak-agak berapa banyak pula M16 mahupun peluru yang hilang tidak dilapurkan. C4 hilang begitu sahaja.

Nak harapkan jaga ekonomi. Lagi parah semua yang boleh berbentuk duit masuk kekantung sendiri mereka lapuh. Rakyat dikatakan subsidi. Menteri dan kroni dikatan komisen.

Di Negeri Sembilan kita lihat terpekik terlolong PR menujukan serangan ke atas MBNS yang menyalahgunakan kuasa. Tapi muka Tok Mat selamba sahaja tanpa rasa bersalah.



Apa lagi nak di harapkan kepada UBN. Kita boleh buat senarai panjang tentangan pengkianatan UMNO selama 51 tahun mereka memerintah negara.

Dikawasan yang dimenangi PR mereka berikan tekanan kepada wakil rakyatnya serta mendera pengundi yang sokong PR.

Di Taman Bukit Margosa ada penduduk dengan kurafatnya berhujah 'Kita berdosa jika kita saman majikan'.

Banyak perkara yang tidak dapat kita buat selagi UBN memerintah kerajaan Pusat dan Negeri.

Jadi perkara terbaik untuk azam 2010 kita pulun UBN dan pastikan kita menawan PutraJaya di PRU 13

Sebagai ahli PAS kita menantikan arahan dari Jabatan Pilihanraya Pas.

Friday, January 1, 2010

ALAMAK MAMAT SORANG NIE BUAT LUPA PULAK

Merujuk kepada cerita di dalam Berita Harian, mamat seorang nie nak cari glamour ke? Hanya untuk ingatkan beliau nie peguam. Pernah hadir di jemput ke taklimat peguam dan AJK Bertindak juga ada berjumpa dengan membawa dokumen injuksi serta writ saman penduduk Taman Bukit Margosa ke atas 12 Defenden.

Beliau yang dihebahkan pernah memberikan khidmat nasihat perundangan kepada kumpulan Perihatin

Beliau mengumpulkan tandatangan penduduk Taman Ampangan Fasa 3 Zon Selatan yang kemudiannya dijadikan afidavit oleh LEKAS bagi menolak Injuksi kami

Beliau ada dimahkamah dan bertanya kepada saya apa keputusan kes ini.

Kini buat kenyatan tak tahu apa pasal pembinaan diberhentikan. Apa hilang akal ke mamat nie tak tahu perkembangan walaupun hari-hari tugasnya di mahkamah..

Patutlah kalau di Margosa itu Wan Samsu dan Wahid Naton yang mengelarkan mereka kumpulan perihatin memohon KRT dibatalkan. Di Taman Ampangan Fasa 3 ada juga ke kumpulan perihatin yang nak batalkan KRT?.

Mengapa sukar benar beliau nak sebut Taman Bukit Margosa?

Come on bro. Zaman bergerak pantas. Orang dah bercakap mengenai Malaysia Baru, orang berbincang juga sistem dua parti . Tak kan seorang peguam masih dibawah belenggu pemikiran UBN. JPNIN mana ada buat mesyuarat agung memilih jawatankuasa.

Kami di Taman Bukit Margosa juga dengarnya KRT kami di gantung. Nantikan ceritanya bila saya dapat jumpa Pengarah JPNIN.

Adios............................


ALAMAK MAI LAGI SURAT LAYANG- SAH LAH SIAPA SI MUNAFIK ITU

Hampir menyambut tahun baru 2010 dia mai lagi. Kita tahu sapa yang tulis. Tengok gaya bahasa dan penulisannya kita sapa di belakangnya. Dia maklumkan pada salah seorang AJK yang beliau kata satu-satunya AJK Bertindak yang waras bahawa beliau tidak terbabit dengan isu lebuhraya tetapi kita tahu dan kita ada mata. Kita mengesan beliau masih pusing satu taman mencari sokongan.

Akhir Allah damparkan di mata penduduk siapa yang waras , siapa menjadi musuh sendiri dan siapa sebenarnya Bapak Munafik di Taman Margosa.


AJK yang bermesyuarat pada 30hb Disember 2009 serta pandangan dari sahabat serta peguam mengambil keputusan untuk tidak melayan surat layang ini. Penduduk diharap sama jangan melayan kumpulan Perihatin ini, kita serah pada peguam kita. Untuk ketika ini mari kita fokuskan kepada perpaduan kita dalam menghadapi mereka yang menzalimi kita. Sebarang kekeliruan terus hubungi AJK atau lebih baik lagi hubungi peguam lantikan kita.

Biarkan lah mereka melalak macam orang gila talak. Seperti hujah spontan seorang sahabat " Nak ikut nabi tapi perangai macam babi.