TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, December 29, 2008

MUFTI NEGERI SEMBILAN



Berhubung dengan artkel saya berkaitan dengan Mufti NS saya mendapat komen dari seorang yang mengenalkan diri sebagai IBNUHAFIS.


Malangnya komennya lebih kepada memperkatakan biografi Sheikh Fuad Kamaludin. Penulis saya hanya untuk menarik pembaca dalam membincangkan pemikiran bahaya dari Sheikh Fuad berkaitan politik islam. Setakat biografi saya pun boleh tulis.


Di dalam berkira-kira untuk menulis bagi memberikan reaksi saya menerima email dari sahabat kita Sdr Suhaimi Rembawi Ketua Pemuda PAS Kawasan Seremban seperti di bawah



ibnu nafis,

janganlah tuan memuja sangat fuad kamaluddin tu. belajr kat mesir 3 tahun enam bulan tapi dia banyak ada kat malaysia ni ha. ngaja surau dan masjid. cari duit untuk belanja katanya. (istilah kami, ponteng kelas) tanyalah jamaah surau hitam kalau tak caya. pegi mesir bila dah dekat musim peksa. memanglah dia orang cerdik, baca buku aje dah boleh jawab peksa.

kita orang yang belajar timur tengah ni pun tersenyum aje dengar komen fuad kamaluddin ni puji diri sendiri. tak pernah kami dengar ulama besar memuji diri sendiri. cerita kehebatan belajar lebih dari 40 ulama terkemuka. dari kulit ke kulit. orang awam mungkin boleh ditipu oleh fuad ni, tapi kami belum tentu lagi.

ulama dulu belajar bertahun tahun dengan ulama yang sedikit yang terkemuka (bukan lebih 40 orang). takda pun ulama yang belajar 3 tahun 6 bulan boleh habiskan ngaji kitab kulit ke kulit. (ngaji kitab 100 ms boleh la cepat habis).

ulama azhar lebih hebat dari ulama yang dia pegi belajar. anak murid ramai. tuan guru yang anak murid sedikit ni ulama yang kurang popular. kalau nak tahulah.!!

istilah anak angkat ni tak popular di kalangan orang arab. agaknya fuad ni perasan bila tok guru panggil dia "ya bunayya" maksudnya wahai anakku, terus dia rasa tuan guru telah mengambil dia sebagai anak angkat.

dr Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki dari mekah ni taklah terkenal pun di mekah, apatah lagi di arab saudi. nak cuba jadi terkenal, diletakkan nasab al-maliki pada anak murid kesayangan. bagi kami, orang tak terkenal cuba nak jadi terkenal dengan cuba meletak nasab antara satu sama lain. orang malaysia, rata rata pandang tinggi pada orang arab. jadi senanglah nak kelentong orang sini dengan menasabkan diri kepada orang arab.

sebenarnya fuad ni tertipu dengan ilmu dan kurniaan yang telah Allah berikan kepadanya. TAKBURR.. itu saja kesimpulan saya.

pernah merendah-rendahkan ulama ulama besar. (ulama dia aje yang betul) malah pernah merendahkan mufti ns sendiri. perkara ni kami dengar sendiri dari orang yang rapat dengan mufti.

fuad di bawa masuk ke dalam majlis fatwa kerana, kata mufti, kita taknak dia hanyut dengan perasaan syok sendirinya tu. biar dia duduk dengan orang yang alim supaya fatwa fatwa fuad ni tak berkhilaf dengan fatwa ns. memang dia ada bakat keilmuan, tetapi penyakit TAKBUR merosakkan dia. itulah cara nak mengawal si fuad ni.

berkenaan dengan buku buku yang dia dakwa dia menulis, banyaknya terjemahan aje. kemudian ubahsuai sikit, kemudian kata, dia menulis. memang dasar tak tahu malu fuad ni.

sebahagian orang alim yang ada penyakit takbur ni suka menjadikan tareqat sebagai platformnya bergerak. senang nak tipu orang. anak murid takkan berani nak tanya. nanti dikata tak hormat tuan guru. tareqat ni rosak pasal ada orang macam ni.

sirah ulama ulama terbilang tak pernah nak bersekongkol dengan pemerintah. imam abu hanifah mati diseksa kerana tak mahu menerima jawatan qadhi kerajaan 'islam' abbasiyah. imam malik, imam syafei dan imam ahmad pun mengikut jalan yang sama.

sesiapa yang duduk dengan kerajaan, akan mudah jadi glamour. sesiapa yang nak cepat glamour, puji-pujilah kerajaan sebarapa banyak yang boleh. terutamanya kalangan orang alim. lagi cepat terkenal.

saya tak kata semua kata-kata fuad ni salah. tetapi saya minta tuan nafis berhati hati.

tak semesti bila dia belajar dengan lebih 40 orang ulama, dia betul.

tak semesti bila dapat 'karang' banyak kitab, dia betul.

tak semesti bila dijadi anak angkat kepada seorang dr, dia betul.

tak semesti bila dilantik ajk majlis fatwa dia sentiasa betul.

apa guna ada ilmu, boleh jadi anak angkat seorang dr, 'karang' banyak kitab, pandai bermain dengan kata kata ketika berceramah dalam masa yang sama perkara mungkar dalam kerajaan tak boleh tegur. menentang apatah lagi. takut kena 'gam' ke???

itupun dah boleh dijadikan sebagai kayu ukur, kalau nak menilai seseorang.

sekian sahaja untuk kali ni. kita jumpa lagi


Bagi saya ianya cukup untuk menjawab komen dari ibnuhafis. Menambah sedikit komen, saya melihat inilah masalah sebenar umat islam di negara kita, masih meletakan islam itu terpisah dengan politik. Kalau ulama dulu mengajar hanya menumpukan kepada serangan terhadap akidah sehingga terabai kepada permasalahan ekonomi dan politik yang memberikan kesan sehingga umat islam gagal untuk menguasai ilmu ekonomi dan politk, kita faham kerana dekad dahulu serangan akidah yang menggila oleh pendita bukan islam. Sekiranya umat islam masih leka dan adanya ulama seperti Sheikh Fuad ini menyebabkan kita terus kebelakang di dalam menyebarkan keindahan islam kepada bukan islam. Ini juga melewatkan kemenangan islam dibumi Malaysia.



Tuesday, December 23, 2008




BENARKAH MUFTI N. SEMBILAN TIDAK DISAMBUNG KHIDMAT?

Di Seremban kini tersebar berita bahawa Tuan Mufti NS tidak akan di sambung khidmat bermula Januari 2009.

Jika benar, maka ia merupakan berita malang serta hadiah tahun baru kepada rakyat NS amnya serta pendokong gerakan islam iaitu PAS dan Keadilan. khasnya. Sudah menjadi rahsia umum selama ini kita mendengar khabar akan Tok Mat berusaha untuk menggantikan mufti yang ada tetapi tidak mendapat restu Istana. Kita juga ingat setelah usaha menggantikan Timbalan Mufti Ust. Zaidi gagal kerana tidak mendapat perkenan istana serta pulang dari mengerjakan haji akan sedikit membuat Tok Mat mempunyai kesedaran yang tinggi di atas keperluan memiliki mereka yang benar-benar arif dan dapat menguruskan permasalahan agama di NS, tetapi rupanya tidak.

Selama ini Tuan Mufti kita ini banyak membantu perkembangan islam di Negeri Sembilan. Bagi penyokong pembangkang ketiadaan beliau sudah pasti jawatan di surau dan masjid akan menjadi monopoli kepada ahli UMNO.

Khabarnya juga Penasihat Yayasan Sofa yang dikenali sebagai Tokoh Ulama Muda Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin bakal dinobatkan sebagai Mufti Baru NS. Mengenali beliau ianya bakal memberi cabaran baru kepada ulamak PAS di NS bila berhadapan dengan Tokoh Muda penyokong kerajaan Barisan Nasional ini?.

Akan berakhir ke Era keluarga Tuan Haji Said yang lama memikul tugas Mufti di NS ini juga akan menimbulkan banyak persoalan

1) Apa jadi Timb. Mufti Ust Zaidi?
2) Bagaimana kedudukan ahli/pendokong PAS di dalam AJK Masjid dan Surau.?
3) Bertambah sunyi ke Masjid dan Surau ?
4) Perkembangan Tarikat Ahmadiah?
5) Sembahyang Terawih 13 raka’at akan pupus terus?
6) Pelajar Aliran Agama yang mengkagumi beliau .?
7) Pelajar Aliran agama akan menjarakan diri dengan PAS?
8) Terencatkah perjuangan PAS di NS seperti masa kemasukan Anwar ke
dalam UMNO.dan banyak lagi

Kalaulah benar berita ini yang dikhabarkan telah mendapat perkenan Istana kita ingin melihat apa yang bakal di lakukan oleh pihak pendokong islam di N. Sembilan dalam masa seminggu.

1) Apa usaha mereka di Pondok Rasah?
2) Apa kata mereka di SARA
3) Apa usaha Ulamak di dalam Pakatan Rakyat
4) Kemana pengamal Tarikat Ahmadiah.

Hati kecil masih berharap berita ini adalah khabar angin saje. Kalau lah benar hati kecil ini masih berharap bakal Mufti yang baru ini tidak seperti yang di tulis di atas . Malah ianya bakal menjadi titik mula kepada perkembangan PAS di NS serta perkembangan islam di NS.

Yang pastinya segala persoalan ini membuatkan hati kecil berkata Dato Seri Anwar cepatlah kita ambil ahlih kerajan pusat. Ooooooooooh negeri ku.

Monday, December 22, 2008

JENTERA PEMUDA PAKATAN RAKYAT :ANTARA YANG MESTI ANDA LAKUKAN

Jentera Pilihanraya Kecil P.036 Pemuda Pakatan Rakyat telah sempurna dilancarkan oleh Ayahanda Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS baru - baru ini di Markas PAS Kawasan Kuala Terengganu Kuala Ibai .

Pelancaran tersebut bukan bermakna segala gerakkerja memenangi pilihanraya baru bermula , tetapi ia lebih bermaksud sebagai satu isyarat bahawa kita kini berada di satu garisan atau pusingan yang memerlukan semua jentera , khasnya jentera pemuda melakukan pecutan akhir untuk memenangi pilihanraya kecil P.036 yang hanya diisytiharkan kekosongan kerusinya oleh SPR berikutan kematian al Marhum Dato' Razali Ismail baru - baru ini .

Jentera adalah mesin penggerak yang bertanggungjawab mengaktifkan seluruh organ parti agar tidak sekadar berfungsi tetapi mampu mencetus gerakkerja berkesan , menumbuh kesedaran ahli , meraih sokongan pengundi dan membawa pulang 'tropi' kemenangan .

Jentera menjadi sandaran parti dan harapan ummah yang mahukan agenda perubahan berjaya dilaksanakan dengan baik . Pendek kata , sebahagian dari faktor kemenangan parti dalam pilihanraya bergantung kepada sejauh mana keupayaan dan kemampuan jentera melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka dengan amanah dan istiqamah .

Apa yang paling penting , ia turut bergantung kepada tahap prestasi diri setiap individu jentera , apakah ia menepati piawaian jentera yang ikhlas , taqarrub Ilallah , soleh , benar dan sebagainya yang mampu meraih redha Allah swt. sehingga turun nusrah atau mau'nahNya .
Syarat Menang Mestilah Berjuang

Saya mengharapkan Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan 'memberi' yang terbaik . Tampil dengan himmah yang tinggi , syaksiyyah yang solehah dan perwatakan yang meyakinkan sebagai duta parti .
Ingatlah , bahawa kita menyertai pilihanraya bukan kerana tuntutan demokrasi jauh sekali untuk beriman dengan demokrasi , tetapi kita menyertainya justeru mengambil peluang yang ada untuk membawa risalah perjuangan suci yang kita dokong selama ini iaitu syariat Islam dan seluruh syiarnya .

Ertinya kita mesti bekerja gigih dan tekun , serta teliti tanpa peduli apa halangan yang terpaksa kita hadapi sebagaimana kita bekerja keras dan rajin , serta tegas tanpa menghiraukan apakah keputusan yang akan kita perolehi , menang atau kalah .

Berkali telah saya tegaskan bahawa perjuangan kita tidak syarat menang , tetapi untuk mencapai kemenangan syaratnya mestilah kita berjuang .

Sekurang - kurang perkara yang perlu dilakukan oleh Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat ialah :

1. Spiritual Yang Akrab .

Maksudnya : Jentera jangan turun beraksi tanpa mempersiapkan diri dengan kerohanian yang akrab atau erat hubungan dengan Allah swt. Turunlah dengan nama Allah swt. bersama iringan doa memohon restu Allah swt agar apa jua bidang tugasan yang kita lakukan beroleh kejayaan dan hasil yang gemilang .

Janganlah kerana tugas kononnya , kita abaikan tanggungjawab asas kita sebagai seorang hamba Allah swt dan menjarakkan hubungan kita denganNya . Sebagai contoh , mengabaikan solat 5 waktu dan meringan - ringan solat berjamaah atas alasan keletihan setelah berjaga malam dengan kerja dan tugasan yang banyak .

Konsisten dengan munajat dan solat hajat adalah suatu yang sentuhan terbaik jika dilakukan oleh jentera sendiri berbanding orang lain tanpa menafikan orang lain juga perlu terus bermunajat .

2. Akhlak Mahmudah.

Merujuk kepada syakhsiyyah atau peribadi yang terpuji . Bukan hanya terhenti kepada perilaku tetapi juga tutur bicara , penampilan , pakaian , interaksi dan segalanya mestilah lunak , berhemah dan menawan hati .

Saya percaya , jentera adalah orang yang paling letih dan penat sepanjang tempoh pilihanraya ini. Kekadang mereka tidak sempat makan dan tidak cukup tidur demi memastikan segala urusan dan gerakkerja berjalan lancar mengikut jadual . Waktu - waktu beginilah emosi mudah terganggu dan kesabaran mudah tercabar .

Jentera mesti tabah dan berjiwa besar . Bekerjalah dengan tenang dan senantiasa bertindak sambil mengorak senyuman yang menggamit damai setiap orang yang berurusan dengan jentera pemuda . Sabarlah menghadapi karenah orang ramai yang pastinya pelbagai ragam . Anggaplah segalanya adalah ujian dan kita tanganinya dengan hikmah dan sakinah .

Tambahan pula berdepan provokasi musuh , jentera pemuda mestilah bijak mengawal keadaan dan awasi situasi agar tidak terperangkap .

3. Dengar dan Taat .

Suasana pilihanraya seringkali meletakkan jentera berhadapan dengan arahan yang bersifat ad hoc atau tugasan diluar garis pandu dan bidang tugas yang telah diputuskan . Jentera mesti sabar dan tabah menghadapi keadaan ini . Jangan merajuk apalagi menunjuk sikap protes terhadap pimpinan . Sekalipun jentera tidak mampu melakukan arahan tersebut , maklumkanlah keuzuran dengan beradab dan baik .

Laksanakan tugas atau arahan sebaik mungkin dengan hati yang mengharapkan redha Allah swt dan mengharapkan keputusan yang positif serta hasil kerja yang terbaik . Jangan sekali - kali melaksanakan tugasan secara sambil lewa atau sekadar melepaskan batuk ditangga .

Bekerja dan berjuanglah dengan rasa bangga bukan rasa bersalah meskipun kita berhadapan dengan penguasaan musuh . Selesaikan tanggungjawab sebagaimana yang diharapkan semampu mungkin sekalipun kita terpaksa mengorbankan kepentingan diri seperti masa , wang ringgit , tenaga malah darah dan nyawa jika perlu .

4. Faham dan Ikhlas
Jentera mestilah terlebih dahulu menguasai satu - satu bidang atau perkara yang diamanahkan kepadanya sebelum dilaksanakan agar menghasilkan keputusan yang baik . Jangan segan untuk bertanya dan jangan rasa rendah diri untuk menerima tunjuk ajar walau dari sesiapa . Apatah lagi menerima tunjuk ajar dari pimpinan atau mereka yang berpengalaman .

Jentera mestilah faham matlamat dan objektif sesuatu tanggungjawab yang digalaskan kepadanya dan laksanakannya kerana Allah swt bukan kerana manusia atau lainnya. Setiap masaalah yang timbul mestilah segera dirujuk kepada pihak yang berhak membuat keputusan .

Lantaran ikhlas kita kepada Allah swt , maka kerja yang kita lakukan jangan mengharap imbuhan apalagi pujian manusia . Saya tidak nafi bahawa setiap kerja perlukan peruntukan kewangan , namun kita menyedari bahawa peruntukan tidak semesti cukup dan memadai . Kita memerlukan pengorbanan untuk berjaya dalam perjuangan ini .

5. Tindakan berasaskan Syura.

Elakan sikap bertindak sendirian , demikian juga keputusan sendiri mestilah dihindarkan sebaliknya merujuk kepada keputusan bersama yang diputuskan melalui mesyuarat samaada diperingkat jentera dalam bidang kuasa tertentu atau keputusan yang telah diambil oleh kepimpinan parti .

Mungkin sesuatu keputusan itu tidak menepati selera dan kemahuan kita . Maka kita mestilah bertanggungjawab dengan keputusan tersebut dan laksanakan amanah tanpa sebarang rasa ralat di dalam hati .

Contohnya calon yang bertanding . Besar kemungkinan calon yang diputuskan oleh pimpinan kelak bukanlah calon favourite kita , maka kita tidak perlu gundah jauh sekali berpaling tadah meninggalkan jamaah atau tutup pos sebagai protes .

Kita berjuang kerana Allah swt bukan kerana calon dan bukan kerana sesiapa . Keputusan syura insyaallah akan membawa kebaikan kepada kita , jamaah dan perjuangan Islam itu sendiri insyaallah .

Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh jentera , namun cukuplah dulu saya membawa beberapa noktah yang perlu perhatian serius dan segera oleh semua peringkat jentera .
Akhirnya saya harap kita semua berjuang gigih dan bersungguh - sungguh . Berkorban apa jua yang mampu menyumbang kepada kemenangandan tentu sekali kemenangan ini amat bermakna buat perjuangan kita selama ini .

Selamat berjuang kepada semua jentera pilihanraya pemuda Pakatan Rakyat dari saya dan Yb Salahudin selaku Ketua DPPP serta seluruh exco DPPP .

Saya juga merakamkan setinggi - tinggi rasa syukur kepada Allah swt. dan terima kasih sebanyak - banyaknya kepada Sdr Shamsul Iskandar Mohd Aqil dan seluruh EXCO AMK yang gigih bersama turun menguatkan jentera demi meburu kemenangan .

Selamat Berjuang dari saya .
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua DPP Pusat

Monday, December 15, 2008

SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA AKAN DI ROBOHKAN?


Kenapa perlu dirobohkan surau untuk pembinaan jalan ? Tidak bolehkah dilencongkan jalan supaya surau tidak dirobohkan ? Kalau kuil-kuil Hindu di Seremban tidak dirobohkan untuk pembinaan jalan hanya jalan yang dilencongkan , kenapa surau untuk umat Islam hendak dirobohkan ?********************Jalan pintas Lebuh Raya Kajang-Seremban diharap tak jejas penduduk


Berita Harian 2 Disember 2008. SEREMBAN: Penduduk Taman Bukit Margosa di Paroi, dekat sini berharap pemaju projek Lebuh Raya Kajang-Seremban, laluan pintas menghubungkan bandar ini serta Kajang yang turut melalui taman itu supaya tidak mengabaikan kepentingan mereka.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Taman Bukit Margosa, Zakaria Sheikh Othman, berkata penduduk tidak menghalang pembangunan, tetapi kontraktor projek itu perlu mengambil kira kepentingan mereka.Katanya, pemaju tidak boleh mengetepikan begitu saja pandangan jawatankuasa berkenaan yang mewakili suara penduduk, sebaliknya perlu berbincang bagi memastikan hak dan kepentingan orang ramai tidak terjejas dengan pelaksanaan projek terbabit.


"Tindakan kami untuk mendapatkan maklumat mengenai projek itu daripada pemaju bertujuan mengelak kekeliruan penduduk yang boleh menimbulkan masalah pada masa depan, tambahan pula sebelum ini pemaju bersetuju berkongsi maklumat, tetapi sehingga kini maklumat berkaitan tidak peroleh.


"Rata-rata penduduk taman ini, terutama pemilik kediaman dalam laluan pembinaan lebuh raya itu bimbang sama ada rumah mereka benar-benar terbabit atau laluan akan dilencongkan daripada cadangan asal. Itu saja maklumat yang kami perlukan," katanya.


Lebuh Raya Kajang-Seremban adalah lebuh raya berkembar tiga lorong dan terbahagi kepada tiga seksyen iaitu seksyen pertama sepanjang 18.2 kilometer (km) dari Kajang ke Pajam; seksyen dua dari Pajam ke Setul sepanjang 14.5 km dan seksyen ketiga dari Setul ke Paroi sepanjang 11.6 km.Pelaksanaan projek itu membabitkan tiga pihak iaitu Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Projek Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) sebagai kontraktor utama dan IJM Sdn Bhd sebagai kontraktor kedua.


Zakaria berkata, berdasarkan pelan asal, beberapa struktur di taman perumahan itu terbabit dalam pembinaan projek berkenaan, antaranya surau Taman Bukit Margosa dan beberapa kediaman yang menyebabkan penduduk membantah projek itu."Selain itu, ada beberapa aspek teknikal yang menimbulkan kekeliruan, antaranya pembinaan sistem perparitan ke Sungai Paroi bagi mengelak taman perumahan ini terdedah kepada banjir seperti yang pernah dialami sebelum ini," katanya.


TAMAN BUKIT MARGOSA


Harian Metro 14 Okt 2008SEREMBAN: Penduduk Taman Bukit Margosa Paroi, dekat sini, mahu pihak terbabit dengan pembinaan Lebuhraya Kajang-Seremban yang melalui taman itu memberi penerangan jelas mengenai kedudukan projek berkenaan selepas lebih lapan bulan tiada perkembangan.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Taman Bukit Margosa, Zakaria Sheikh Othman, berkata projek itu dikendalikan dua pihak iaitu Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Projek Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) sebagai kontraktor utama.


Beliau berkata, sebelum ini pihak berkenaan bersetuju untuk berkongsi maklumat dengan penduduk mengenai kedudukan laluan yang merentasi taman itu dan membabitkan beberapa perumahan penduduk, tetapi sehingga kini maklumat berkaitan masih tidak diperoleh.


“Penduduk taman ini terutama kawasan kediaman mereka yang terbabit dengan laluan pembinaan lebuh raya itu bimbang adakah kediaman mereka benar-benar terbabit atau laluan pembinaan itu dilencongkan daripada cadangan asal.


“Setakat ini kita tidak mendapat maklumat jelas mengenainya dan berharap pihak berkenaan dapat memaklumkan kepada kami bagi membolehkan kami memberi pandangan demi kepentingan dan kebaikan bersama,” katanya di sini, semalam.


Katanya, berdasarkan pelan asal, beberapa kawasan akan terbabit dalam pembinaan projek itu di taman berkenaan antaranya surau Taman Bukit Margosa dan beberapa kediaman penduduk yang menyebabkan mereka membantah.


Zakaria berkata, beberapa perbincangan sudah dibuat sebelum ini tetapi kata putus belum diperoleh dan pihaknya berharap satu keputusan terbaik dicapai demi kepentingan penduduk.



Saturday, June 7, 2008

Kenaikan harga petrol, teori domino at 1:47 am by Ketua Perusuh

Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menahan diri daripada ketawa besar petang semalam sewaktu mendapat berita mengenai kenaikan harga bahan bakar (minyak petrol dan diesel) yang dinaikkan sehingga 41%. Jangan pula anda semua salah sangka. Saya ketawa kerana telahan (ramalan) mengenai kenaikan harga minyak yang pernah saya buat nampaknya hampir tepat daripada apa yang diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Saya cuma menjangkakan kenaikan setinggi RM2.60 seliter bagi minyak petrol namun Abdullah Ahmad Badawi berjaya menaikkan harga minyak petrol sehingga RM2.70. Nampak gayanya Abdullah Ahmad Badawi mungkin ada membaca (bolehkah anda percaya Abdullah Ahmad Badawi suka membaca?) artikel di laman ini.

Cuma apa yang saya terlepas pandang adalah tarikh sebenar kenaikan harga minyak dimana saya pernah menjangkakan ianya naik sebelum suku kedua 2009. Nampaknya harga minyak dinaikkan lebih awal (12 bulan awal). Efek dari kenaikan harga minyak pastinya anda semua boleh jangkakan. Kos sara hidup akan naik dan yang pastinya yang tertekan adalah semua rakyat Malaysia tidak kira yang kaya mahupun yang miskin.

Yang miskin pastinya akan lebih sengsara manakala yang dahulunya kaya mungkin sudah turun tarafnya kepada sederhana. Teori domino tidak dapat dielak bagi mana-mana elemen ekonomi. Jika kos bahan bakar naik, maka kos operasi akan naik dan tentunya harga pengeluaran akan naik dan sekaligus menaikkan semua harga barangan dipasaran.

Kepada semua rakyat Malaysia, saya amat berharap anda semua jangan terkejut apabila Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi akan menaikkan harga minyak petrol sekali lagi sekitar Ogos ini pada kadar RM0.30 seliter. Ini adalah bagi menampung kekurangan nilaian yang perlu untuk meletakkan harga minyak hanya sedikit dibawah harga pasaran dunia iaitu RM3.80 seliter (jangkaan).

Saya jangkakan teknik yang sama juga akan digunapakai bagi mengesahkan kenaikan harga minyak petrol pada Ogos 2008 ini. Teknik dan manipulasi yang sama dengan bantuan semua akhbar-akhbar harian tempatan.

Tahniah juga saya ingin ucapkan bagi anda (sesiapa pun) yang telah memberikan kemenangan mutlak kepada Barisan Nasional yang mana telah membalas jasa anda dengan menaikkan harga bahan bakar dan seterusnya akan menaikkan harga barangan keperluan asas.

Jangan risau kerana jika anda terus menerus memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk menerajui Malaysia, harga minyak pasti akan naik terutamanya minyak petrol yang pastinya akan mencecah RM5 seliter (seawal 2012).
Petikan dari taraknamav2.wordprees.com

Mohd Sabri Said

Sun Feb 17, 08 11:00:57 am MYT KEPALA BATAS, 17 Februari (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa mengajak rakyat negara ini memulau sementara media elektronik terutamanya TV1, TV2 dan TV3 kerana begitu keterlaluan memutarbelitkan fakta kononnya parti pembangkang begitu ganas, tidak mahukan kemajuan dan sengaja membiarkan rakyat miskin di bawah pemerintahannya di Kelantan.

Baginya, Menteri Penerangan, Dato’ Zainudin Maidin gagal menunjukan kematangan dan profesionalisme ketika mengendalikan stesen penerangan milik rakyat itu kerana merubah fungsi RTM khususnya TV1 dan TV2 kepada pusat propaganda BN.

Hari ini kebanyakan berita dan rancangan terbitan tempatan yang disiarkan menerusi TV1, TV2 dan TV3 milik swasta semuanya berbau politik bertujuan menyelamatkan maruah pengtadbiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah calar.

“Mulai sekarang sehingga tiga minggu akan datang, rakyat harus pulau sementara TV1, TV2 dan TV3 kerana tidak melaksanakan tanggungjawab menyalurkan maklumat betul sebaliknya cuba memburukkan imej parti pembangkang. Hari ini rakyat hanya boleh percayakan filem Doraemon (rancangan kartun Jepun) daripada siaran berita,” katanya diiringi gelak ketawa hadirin.

Nasharuddin berucap di majlis Jamuan Perdana sempena program ‘Jelajah Presiden’ anjuran PAS Kawasan Kepala Batas di Tapak Komplek PAS Kepala Batas di Kampung Kota Aur, Penaga tengahari semalam.

Beliau turut menyatakan kesediaan PAS menumbangkan Presiden Umno di Parlimen Kepala Batas serta membantu Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 8 Mac depan.

Kemelut yang berlaku terhadap negara sekarang ini memerlukan keprihatinan rakyat untuk menolak kepimpinan yang korupsi, tidak telus serta mementingkan kronisme.

Kekayaan negara katanya, dikaut untuk kepentingan peribadi padahal semasa mula memegang tampuk pemerintahan, Abdullah telah mengarang sajak ‘Damai Abadi’ yang antara lain menyebut kononnya beliau tidak berminat mengumpul harta bertimbun-timbun sebaliknya ‘mencari imam Al-Ghazali’.

“Apa yang diperkatakan semasa mula memegang kuasa hanya tinggal kenangan bila empat tahun berkuasa. Walaupun beliau tidak terlibat secara langsung mengaut keuntungan tetapi kaum keluarganya penuh dengan skandal melibatkan wang rakyat,” terangnya di hadapan ribuan hadirin.

Nasharuddin turut menyeru jentera PAS dan Barisan Alternatif (BA) semua peringkat agar mencurahkan semaksima mungkin buah fikiran, wang ringgit dan tenaga bagi memastikan pertambahan kerusi Parlimen dan Dun sekaligus menafikan dua pertiga penguasaan BN di Dewan Rakyat dan Dun.

Suasana yang wujud sekarang, ujarnya menyebelahi BA dan parti-parti pembangkang kerana peralihan sokongan masyarakat India dan Cina.

“Tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini tambahan pula untuk mengalahkan Perdana Menteri di Kepala Batas asalkan semua jentera kita berjalan lancar dan tersusun. Yang kita khuatir, kita tak buat kerja tapi berangan-angan menjatuhkan BN, ” tegas beliau.

Berucap sama pada majlis itu Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man.

Turut hadir Setiausaha PAS negeri, Fadzil Kemi, Ketua Penerangan PAS negeri, Haji Halim Saleh, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Ustaz Khalid Man, Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas, Ustaz Ghazali Wahid dan para pemimpin PAS kawasan. - tajdid
HAJI MABRUR @ HAJI MALBORO

Assalamualaikum.

Kembali menerjah alam maya. Salam perjuangan buat saudara pembaca semua. Isu yang akan mykebenaran utarakan untuk kali ini adalah isu berkaitan pemergian pegawai menunaikan haji dan kebajikan pelajar terabai.

Isu pertama. Pegawai menunaikan haji.

Tahniah mykebenaran ucapkan kepada pegawai kerana berjaya menunaikan fardu haji bersama isterinya.

Semoga dikurniakan haji yang mambrur.Sebelum itu, mykebenaran sukalah mengingatkan, haji mabrur bukan semudah kalam berbicara untuk diperolehi, bahkan ia sewajibnya memenuhi syarat-syarat yang amat ketat.

Pun begitu, mykebenaran mengharapkan kepulangan pegawai dari menegrjakan haji akan mengubah sedikit cara mengurus dan cara berfikir . Laksakan tugas pegawai dengan penuh dedikasi dan penuh rasa amanah kepada Allah. Politik yang menyempitkan pelajar-pelajar untuk belajar disini amatlah dikesali oleh mykebenaran.


Isu kedua. Kebajikan para pelajar.

Tidak dinafikan bahawa para pelajar baru terpaksa berdikari dan dalam keadaan yang amat berbeza tidak seperti biasa.

Koperasi masih belum beroperasi, maktabah kosong, tiada kitab-kitab yang boleh dijadikan rujukan. Pelajar terpaksa mendapatkan bekalan harian sendiri tidak sepertimana yang sebelum ini. Koperasi meyediakan kemudahan beras, minyak dan beberapa keperluaan asas harian.

Mykebenaran mengharapkan kepulangan dari haji ini membuka lembaran baru untuk pegawai berbak-baik dengan pelajar dan membantu pelajar.

Sekian untuk kali ini.
Dalam berita bertajuk "Differing views on price policies" NST semalam melaporkan:


Pertama kali saya baca, terus saya rasa itu laporan bohong atau disalah petik. Tak mungkin ada orang PAS yang begitu pandir, bengap, bangang serta menyokong kenaikan harga minyak itu.

Tetapi, saya termenung seketika, mungkin benar ada jurucakap kerajaan PAS yang bercakap begitu. Kalau benar dan kalau orang itu juga pemimpin PAS di mana-mana peringkat, beliau sebenarnya telah melanggar polisi dan pendirian parti serta..... (malaslah nak tulis). Saya masih berharap beliau disalah petik.

Tengah-tengah tertanya-tanya tu, nasib baik terbaca pula berita The Star semalam bertajuk "Khalid: Rebates a must to cushion impact of higher fuel prices". Antaranya, akhbar itu melaporkan:

In Kota Baru, PAS plans to discuss with fellow Pakatan Rakyat parties to send a strong protest to the Government over the increase in petrol prices and electricity tariff.

PAS vice-president Datuk Husam Musa said the two increases would cause a decline in productivity at the macro-economy level which would eventually affect the national economy.

He said the Government should come up with another mechanism to counter the world fuel price increase.

He urged the Government to make public all dealings of Petronas besides disclosing the profits that Petronas made from the current world prices.

“Transparency will put to rest suspicions about the Government’s move to raise fuel prices,” he said.

Husam said Malaysia remained a net exporter of oil and the jump in revenue derived from higher world prices should be able to subsidise fuel prices.

He said that road tax should be abolished instead of only allowing consumers to enjoy rebates upon renewal.

“The Government earns around RM5bil from road tax. PAS is convinced there are other ways to address the issue of rising fuel price,” said Husam.

T

Oleh Ustaz Zainuddin Hashim

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

Image� Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

� Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

� Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

� Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

� Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

� Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin. - mks

Friday, May 16, 2008

Oleh ning\
Petikan dari Trengganukite

"assalamualaikum..,
Hari ini(rabu 14 /5/2008) dikatakan akan berlaku lompatan MP BN kepada PR dengan 17 MP BN dari sabah dan semenanjung akan bertukar parti.bagi kita ianya tidak lebih dari khabar angin.angin yang datang bersama taufan yang menyapa ita membawa harapan yang dinanti nantikan. namun ianya tetap khabar angin yang belum tentu kesahihannya.samada benar atau tidak berita ini tidak akan dapat menidakkan harapan dan desakan rakyat untuk berubah.
Kalau ianya benar alahamdullih tetapi kalau tidak, perjalanan masih jauh, rakyat tidak akan mudah mengaku kalah.apatah lagi perkembangan persidangan dewan rakyat menyaksikan ketidakmampuan kerajaan mencari mekanisma yang menyakinkan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat yang menjadi semakin sukar ini.
ucapan wakil kerajaan di parlimen menyaksikan kegagalan mereka di peringkat awal perbahasan untuk mencadangkan langkah langkah pembetulan kepada masalah negara.bermula dengan sindiran dan kiasan anifa aman serta beberapa MP sabah tentang kemungkinan lompat pagar , wakil kerajaan seolah tiada jawaban untuk menarik minat MP mereka supaya kekal dengan kerajaan.tiada cadangan yang menyakinkan dari semua MP mereka yang berucap.
Gambaran kemerosotan kualiti di kalangan MP kerajaan sekaligus menampakkan tanda mereka akan gagal dalam membawa misi dan visi rakyat.KJ dengan ucapan berapi apinya cuma bertaraf budak tadika dengan projek khinzir raksasanya dan serangan kepada DSAI, mukhris mahadir pula memperlihatkan ketakutannya dengan DSAI dengan andaian bahawa DSAI tidak layak jadi PM serta bukti bukti lapuk yang terus dialunkan dalam dewan yang sepatutnya menjadi tempat tertinggi untuk mencari penyelesaian permasalahan rakyat.kedua dua mereka menampakkan ketakutan yang jelas kepada DSAI dan sekaligus menjadikan parlimen tempat untuk menyerang DSAI secara individu. masalah rakyat tak perlu dibangkitkan kerana menyingkirkan DSAI bagi mereka lebih penting dari rakyat yang terus menderita dari hari kehari dengan berbagai masalah.z
Zahid Hamidi pula cuba melindungi wahabi dan dr Maza ketika dia menjawab soalan Zulkifli Nordin dan Taib izammudin.zahid langsung tidak menyebut nama dr maza dalam masa dia menyebut beberapa ustaz yang dikatakan wahabi dan dia langsung tidak menyentuh dr maza yang telah banyak menimbulkan kekecohan di perlis pada masa dia menyatakan secara kiasannya bahawa pengaruh wahabi mesti disekat kerana kekecohan yang dibawa mereka.zahid juga tidak menjawab kenapa ada ustaz ustaz yang dikatakan wahai ditangkap dan digari di depan khalayak ramai secara terbuka sedangkan dr maza bebas berfatwa dan mengkafirkan orang diperlis.sebaliknya zahid menggunakan pertanyaan taib izamudin untuk melarikan diri dari tersasul menyebut nama dr maza.itulah kualiti yang ditunjukan oleh MP dan menteri BN.kualiti yang semakin merosot.pengalaman dan logik akal memberitahu kita bahawa dengan kualiti yang semakin merosot ini BN sukar dirawat.
Bak kata mahadir,sebagai seorang doktor dia melihat beberapa perkara tidak boleh diselamatkan seperti penyakit kencing manis yang semakin merebak jadi cara merawat penyakit yang tiada ubat ini hanya dengan memotong kaki pesakit tersebut.dalam kontek BN hari ini penyakitnya sudah semakin tenat,potong kakipun tak akan menyembuhkan mereka.kata mudah BN sudah tenat dan menunggu hari.tiada lagi yang dapat dibuat untuk menyelamatkan BN.
Itulah yang dapat kita lihat di permulaan perbahasan parlimen.MP BN seoalah hilang pertimbangan dan tidak sedar dengan apa yang dibuat mereka. ada MP mereka yang memuji ust taib izamudin dan ada MP(menteri lagi) mereka membuat kiasan bunglow dan rumah teres ,ad ayang bersusah payah mencari istilah untuk diisbatkan kepada PKR dan selepas ini tidak memeranjatkan kalau mereka muncul di parlimen dengan berbagai bagai gelagat budak tadika.sesungguhnya MP BN yang masih mempertahankan kerajaan ramai yang tidak layak jadi MP.justeru kepada MP BN yang masih mahu berkhidmat kepada rakyat, yang masih mahu mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan rakyat dan yang masih sayangkan negara ini,
Kenapa tunggu lagi?apa diharapkan kepada BN dan apakah yang tinggal untuk kalian bagi menerus perjuangan rakyat?kenapa masih mahu memberi peluang kepada BN berubah sedangkan BN sakit tenat dan tidak dapat diselamatkan.kenapa tidak memberi peluang kepada diri kalian dengan menyertai PR?"

Monday, May 5, 2008

DATO ISHAK ISMAIL UMPAMA ANJING MENYALAK BUKIT


Laporan BPR terhadap MB NS

Former rep lodges ACA report against Negri MBNew Straits Times 30 April 2008. SEREMBAN: Former Lenggeng State Assemblyman Datuk Ishak Ismail yesterday lodged a report with the Anti-Corruption Agency (ACA) against Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan whom he claimed had abused his powers in appointing his brothers as councillors in 2004.
The Umno division chief, who was not re-nominated as a candidate for the recent general election, said he decided to lodge the report after a previous report with the ACA did not receive positive action and the case was closed by the Attorney-General's Chambers.
He also lodged another report claiming that there was misappropriation of funds with regard to the supply of some pipes to the Negri Sembilan State Waterworks Department (JBANS) in 2005.
"I am not lodging the reports for personal gain, but in my capacity as division chief," he said.
In his report, he claimed that the appointments of State Umno secretary Datuk Azman Hasan and Datuk Abd Ghani, the former Rantau state assemblyman as councillors in the Seremban and Nilai Municipal Councils respectively in 2004 was an abuse of power on the part of the Menteri Besar.Azman and Abd Ghani are Mohamad's elder and younger brother respectively.
Ishak said their appointments were made during a state executive council meeting which was chaired by Mohamad.He also claimed that there was a possibility of some political interference on the supply of the pipes to the JBANS in 2005."I urge the ACA to conduct a thorough investigation into these two cases.

Monday, April 21, 2008

DEBAT SMS

Assalamualaikum semua

Benarlah menjadi penulis siber memerlukan komitmen serta keazaman yang tinggi juga kekuatan mental dalam menguruskan masa. Selama ini penulis kerap merungut bila mendapati kelewatan blogger membuat update.Satu tabik untuk blogger yang bertahan sejak zaman awal reformasi.

Sedang mengadap laktop saya di kejutkan dengan SMS dari Dato’ Sahak Ismail Ketua UMNO Bahagian Seremban yang memaklumkan nombor telefon bimbit beliau yang baru.Saya tersenyum sendiri bila mengenangkan sebelum ini ramai rakan yang curiga ke atas saya apabila mengetahui saya berurusan dengan Ketua UMNO ini. Nanti saya ulas berkaitan isu ini

DEBAT MELALUI SMS DENGAN RAKAN-RAKAN AHLI UMNO

SMS Dato. Sahak ini memberi idea untuk saya menulis berkaitan dengan debat saya bersama rakan UMNO yang saya fikir kita dapat menilai kefahaman dan tahap serta daya fikir ahli dan pemimpin UMNO .

Diperingkat awal penglibatan saya di dalam PAS bila menamatkan pengajian saya berhadapan dengan ahli UMNO yang totok di kampong saya Kampung Bukit Temiang. Saya yang baru menamatkan pengajian ketika itu telah diamanahkan menjadi Pengerusi Belia 4B Kg Bkt Temiang dan Setiausaha Surau .Pada peringkat awal perjalanan kerja persatuan berjalan lancar sehinggalah apabila pemimpin kampong mengetahui saya ahli seumur hidup PAS. Saya mula diganggu dengan berbagai cara. Almaklumlah saya seorang saje ahli PAS yang lain masih dengan ketotokan fahaman UMNOnya terutama apabila Ketua UMNO cawangan Kg Bukit Temiang diambil alih oleh Dr. Rahiman Dawood.(Pemilik Rayal Aldalpi)

Kemudiannya ahli PAS bertambah seorang lagi bila saya menikahi isteri saya yang merupakan anak kepada bekas Ketua Wanita Cawangan Bukit Temiang( Ianya satu kejayaan yang besar bagi saya kerana berjaya mengPASkan anak orang UMNO dan meredakan serangan ke atas PAS) Sokongan ke atas saya bertambah apabil Semangat 46 ditubuhkan di kampong saya dimana sepupu saya sendiri Hamid bin Tambi Ali selaku Ketua Cawangan serta Ketua Bahagian Semangat 46 Bahagian Seremban(Disini kegagalan besar dan menguris hati saya apabila sepupu saya yang mempunyai kefahaman islam yang agak baik bila Partai Semangat 46 dibubarkan beliau tidak menyertai PAS tetapi kembali kepada UMNO dan kini memegang jawatan sebagai Imam Satu Surau dan Ketua Penerangan UMNO Cawangan, Saya berdoa beliau selepas PRU 12 ini menyertai PAS cawangan yang telah di tubuh )

Pada ketika itu itu saya hanya mampu berlawan dengan UMNO dengan melanggan 10 naskah Harakah (yang nilainya 60 sen senaskah) setiap keluaran dan dihantar kepintu rumah ahli UMNO yang saya kenali pasti secara sorok-sorok diwaktu malam. Gerakan ini diberhentikan apabila saya kenal pasti ahli UMNO tersebut mula membeli sendiri akhbar harakah.

Bila ledakan IT dengan muncul nya penggunaan SMS saya mula menyampaikan mesej PAS melalui nya kepada rakan UMNO. Hujah di debat SMS ini amat efektif walaupun saya berhadapan dengan berbagai isu yang diperbincangkan serta ditimbulkan dari ramai rakan UMNO .Ianya lebih hebat lagi bila UMNO menang besar di PRU 11.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini gambaran nya ialah ahli UMNO sebenarnya amat mempercayai maklumat dari media yang dikuasai oleh BN serta tidak mempunyai pengetahuan(atau sengaja tidak ingin ambil tahu) Selain amat mempercayai maklumat dari ketua mereka. Mereka kadang-kadang tidak sedar di tipu oleh pemimpin mereka.

Selepas PRU 12 ramai rakan UMNO mula tidak membalas SMS saya kesan kejutan dari tsunami politik yang melanda Negara.

Dibawah saya perturunkan beberapa debat saya dengan rakan UMNO untuk renungan pembaca.

Dua SMS awal oleh penulis kepada rakan- rakan/kenalan UMNO

1) Untuk rakan UMNO lanskap politik berubah.Kita yang mempunyai sedikit ilmu ini tak kan nak lihat saje.Jom kita menyertai BA untuk membawa perubahan di tempat kita
2) Lanskap Politik berubah. Kini hamper 53 cawangan UMNO di NS yang menunggu untuk dibubarkan menjadi cawangan PAS atau Keadilan. UMNO terbukti khianati melayu dan terang-terang menolak islam,Jom kita berubah demi maruah dan agama .


Jawapan SMS dai rakan/kenalan UMNO

a) Ismail setiausaha PESAKA NS

Maaf aku tak sanggup Lim Kit Siang atau Karpal Sing jadi PM Negara tercinta nie. Anwar dan Haji Hadi jadi boneka je. Maaf ye saudara seislam ku.

b) Dato Jamlus (Ketua Pemuda UMNO NS dan bekas EXCO NS)

Hidup mesti ada pendirian jangan jadi macam lalang dan jangan pura-pura. Saya berjaya dalam hidup kerana izin Allah dan Kerajaan BN. Yang lemah perlu di perkuatkan dan yang salah perlu di betulkan. Saya save sms saudara untu rujukan. Maaf & TQ (Debat akan di sambung dalam bahagian lain)

c) Wahid Naton (Iman Surau Taman Bukit Margosa)

Ahli politik je kata di tipu. Ahli Ulamak bukan di kalangan politik. Tak katapun ditipu.bila kita taksub pada sesuatu orang buat baik pun tak baik.Pasal dia tak suka.kalau dia suka burukpun perangai orang tu tetap baik.itu ragam manusia tuan betuk tak.


d) Pengerusi Taman Telawi

Tolong jangan sampai saya buat lapuran polis


e) Zaki (ahli umno Jiboi )

Tuan teruskan dengan PAS. Saya akan terus dengan UMNO. Mungkin satua hari nanti kita aka bersama dalam satu komponen.


f) Qarizah (ahli UMNO yang disebut antara calun BN DUN Ampangan)

Darah yangmengalir dalam diri in adalah hasil perjuangan UMNO. InsyaAllah terus tetap dan kekal perjuangkan Survival Melayu dan Ketuanan Melayu. TQ


g) Abang Rahim ( Ahli Dewan Pendekar PESAKA NS)

Lantaklah? Yang paling penting pas bersekutu dengan DAP?Jangan sebab nak jadi pembangkang Negara terkangkang?? Jangan P.Pinang jadi Singapura??Ape-apen pun PAS tak mampujadi yang terbaik. PAS bukan pembawa islam yang sjati. Tolong jangan bagi masej yang boleh ganggu saya.(akan disambung)


Di lembaran lain saya akan cuba menyambung menulis debat di atas untuk renungan kita. Sementara itu saya masih menanti balasan SMS dari beberapa ahli UMNO terutama nya dari Saudara Ramzani yang merupakan orang kuat UMNO Jiboi serta Saudara Raden Mokhtar rakan UMO ahli parlimen Macang. Dengar khabar dah Jadi Datto, Raden dengan jawatan Setiausaha UMNO bahagian Pucong dan menerima gaji dari SYABAS.









Posted by Ibnu Hasyim at 9:00 PM 0 comments

Tercetus Politik 13 Mei, Jika Anwar Jadi PM?
Ibnu HasyimCATATAN SANTAI:“SEKALI lagi akan berlaku politik selepas 13 Mei 1969, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM Malaysia… Selepas tsunami ‘perkauman 13 Mei’, PM pertama Tunku Abdul Rahman terpaksa letak jawatan, diganti oleh PM ke 2, Tun Razak. Maka berlaku, Parti Perikatan ditukarkan kepada BN (Barisan Nasional), di mana Parti Gerakan yang tawan Pulau Pinang dari Perikatan waktu itu, PAS yang berkerajaan sendiri sejak lepas merdeka, PPP yang menguasai Majlis Perbandaran Ipoh dan beberapa parti lain ditarik bergabung dalam BN.

”Kata seorang dari kami, selepas majlis pertemuan ahli-ahli Group Universiti Ulu Kelang baru-baru ini. “Dikatakan pada masa itu ada orang telefon Dato’ Harun MB Selangor suruh turun dari tahta, kerana negerinya sudah tidak selamat lagi, sehingga lahirlah Wilayah Persekutuan, idea Tun Razak selepas darurat ditarik balik oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) yang ditubuhkan waktu itu.”

“Jadi apa kena mengena dengan politik sekarang atau selepas PRU 12 ini hingga boleh berlaku 13 Mei sekali lagi menurut kamu?” Saya tanya.“Jika berlaku lompat parti 30 kerusi BN kepada Pakatan Rakyat (PR), maka PM sekarang akan tersungkur dan gantinya tentu Anwar atau Wan Azizah sebagai PM ke 6. Waktu itu BN akan jadi pembangkang macam PR sekarang. Pakatan Rakyat akan jadi BN sekarang, di mana PKR berfungsi macam UMNO (tulang belakang BN), DAP akan berfungsi macam Parti Gerakan yang dulunya juga tawan Pulau Pinang mewakili kaun Cina, dan parti-parti lain (yang mungkin akan sertai PR) akan jadi macam MCA, MIC dan lain-lain rakan BN sekarang. Itulah 13 Mei yang akan menumbangkan PM kini macam dulu juga. Itulah tsunami politik BN sebenarnya, kerana PRU 12 yang lalu baru tsunami kecil, sebagai tanda-tanda kedatangan tsunami sebenarnya. ” Sambung beliau yang juga seorang tokoh politik veteran.“

Oo. Mengapa kamu tak sebut PAS? PAS duduk dimana?” Yang lain bertanya.

“PAS akan jadi macam PAS juga…”

Saya pula jawab.“Betul tu! Saya setuju.” Sambung beliau lagi, tidak beri peluang orang lain mencelah. “PAS selepas 13 Mei berkongsi kuasa memerintah dengan Perikatan (bersimbol kapal layar) di bawah lambang dacing BN. Tetapi selepas satu PRU sesudah gabungan, PAS ditendang keluar (walaupun ada yang sebut ‘tarik diri’) dari BN… Saya berpendapat, hal ini berlaku ‘sesungguhnya’ adalah kerana dasar Islam tidak akan dapat digabungkan dengan dasar asobiah kebangsaan.

Perjuangan kebangsaan yang diperjuangkan oleh PAS peringkat awalan bukanlah dasar, tetapi sebagai alat pendekatan. Seperti juga UMNO, dasar perjuangannya ialah kebangsaan tetapi menggunakan Islam sebagai alat pendekatan. Bezanya macam langit dengan bumi. Semua orang tahu hal ini.. Itu sebabnya ‘kongsi kuasa’ PAS-UMNO tidak akan kekal lama. Apalagi dengan parti bukan Islam yang lain!!”

“Cakap-cakap kamu ni, macam tak setuju dengan Pakatan Rakyat?”

“Saya setuju. Tetapi PAS tetap PAS. Tetap dengan Islam. Tetap dengan negara Islam dan hukum Islam, walaupun memilih pendekatan tidak perkatakan tentang itu sekarang. Perkenal hal itu pada bukan Islam, sehingga mereka faham dan tidak takut pada Islam. Tidak takut akan ditendang atau diterajang dari macam yang pernah berlaku sebelum itu. Yang penting PAS jangan dipagut ular dua kali dalam satu lubang!”

“Allahu Akbar. Allahu akbar!!” Tiba-tiba sudah ramai di keliling kami yang menyambut dengan takbir. Ya kerana seruan PAS ialah ‘Allahu akbar’.Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 21-04-08. KL.

TAZKIRAH

Tafsir al-Maidah 80-82: Ilmu di kalangan orang fasik
Tuan Guru Abdul Hadi Awang Thu Mar 27, 08 12:46:44 pm MYT
Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik. -->-->
Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.?Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda umat zaman dahulu.
Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan kerana orang yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak kuat dan mereka pula takut kepada dosanya.
Mereka sedar bahawa mereka mempunyai ilmu dan dosa. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai perasaan takut mati. Orang sedemikian rupa mendapat ilmu dalam perkara agama.
Apabila berlaku keadaan demikian, maka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran ditinggalkan, tidak dilaksanakan dengan jayanya.
Seterusnya Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Engkau melihat kebanyakan daripada mereka itu berwalikan kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 80)
Kebanyakan daripada mereka itu (orang kafir dari ahlil kitab) berwalikan kepada orang-orang kafir. Yang dimaksudkan dengan berwalikan dengan orang kafir di sini adalah berwalikan kepada orang kafir musyrikin seperti orang kafir Makkah.
Inilah kawan mereka, tidak menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. pada hal mereka mengetahui isi kandungan kitab Allah.
Sesetengah ulama lain menyatakan yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah orang-orang munafik. Dia mengaku beriman sedangkan hatinya tidak beriman. Antara dalilnya adalah berwalikan kepada orang kafir dengan sebab itulah mereka tidak menjalankan perintah Allah dengan cara yang betul dan sesungguhnya.
Firman Allah yang bermaksud, "Alangkah buruknya apa yang mereka kemukakan untuk diri mereka." (Surah al-Maidah: 80)
Kalau itulah amalan mereka maka itulah amalan yang buruk, tidak boleh menjadi bekalan pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud, "bahawa Allah memurkai mereka itu." (Surah al-Maidah: 80)
Allah Taala memurkai golongan seperti ini kerana tidak mencegah kemungkaran, reda kepada perkara tersebut dan berwalikan kepada orang kafir.
Firman Allah lagi yang bermaksud, "Dan di dalam azab neraka mereka kekal selama-lamanya." (Surah al-Maidah: 80)
Apabila mereka menjadi kufur kepada perintah Allah sudah pasti mereka kekal di dalam neraka.
Firman Allah yang bermaksud, "Kalaulah sekiranya mereka itu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada Nabi s.a.w. dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (al-Quran), tidaklah mereka itu menjadikan orang kafir itu sebagai wali mereka.
"Dan kebanyakan daripada mereka itu adalah orang-orang yang fasik (keluar daripada taat kepada Allah dan rasul-Nya s.a.w.)" (Surah al-Maidah: 81)
Mereka tidak taat kepada Allah dan Rasul-Nya sekali gus menolak al-Quran sebagai kitab panduan kehidupan mereka di dunia ini.
Firman Allah yang bermaksud, "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad s.a.w.) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
"Dan demi sesungguhnya engkau dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "bahawa kami ini ialah orang-orang Nasara.
"Yang demikian itu disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli ibadat dan kerana mereka tidak pula berlaku sombong." (Surah al-Maidah: 82)
Para ulama membincangkan sebab turunnya ayat ini. Al-Qurtubi dan Ibnu Kathir serta ulama-ulama tafsir yang lain telah menyebut beberapa peristiwa yang berkait dengan ayat ini dan mereka mengatakan bahawa peristiwa-peristiwa ini adalah sebab kepada Allah SWT menurunkan ayat ini untuk menjadi pengajaran kepada orang-orang yang beriman.
Yang pertama ayat ini diturunkan bersempena dengan Raja Najasyi (Raja Habasyah), pembesar-pembesar dan pengikut-pengikutnya, apabila tiba kepada mereka orang-orang Islam yang berhijrah dalam peristiwa hijrah yang pertama sebelum daripada berhijrah ke Al-Madinatil Munawwarah. - lanh

APA KHABAR PNDUDUKTAMAN BUKI MAROSA


LEBUHRAYA 6 LORONG YANG MEMILUKAN

Buat semua penghuni Taman Bukit Margosa , salam sejahtera dan salam perpaduan..

Seperti yang di maklumi pembinaan lebuhraya telah bermula. Untuk pengetahuan semua Jawantankuasa Bertindak yang di tubuhkan bersama dengan wakil Rakyat Kita Y.B. Dato’ Ishak Ismail telah berusaha menyelesaikan permasalahan ini dengan rundingan tetapi menemui jalan buntu. Semua surat kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Persekutuan tidak di layan .Malah janji-janji dari pemaju seperti tidak menutup jalan masuk serta membuat pemeriksaan ke atas rumah yang berhampiran sebelum pembinaan tidak dilakukan.

Menilai dari sudut hak kita serta pandangan wakil rakyat kita serta pandangan dari sudut undang-undang pihak jawatankuasa bercadang membawa perkara ini ke makamah agar segala kesukaran dapat dirungkai.


TUNTUTAN MELALUI MAHKAMAH


Bagi tuntutan buat masa ini kita akan menumpukan kepada 2 perkara :


1) Saman kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia serta yang berrkaitan bagi
tujuan

a) Memindahkan jajaran yang melalui Taman Kita atau sekiranya tidak berjaya

b) Kedudukan Surau kita

c) Bentuk Lebuhraya yang dapat memastikan semua jalan keluar masuk kita
tidak di tutup.

d) Selaku pengguna yang mendapat faedah,kita mempunyai jalan keluar masuk ke
atas lebuhraya tersebut

e) Kesan Alam Sekitar

f) Keselamatan sewaktu pembinaan dsbnya

2) Saman ke atas Pemaju LancaR Indah Sdn. Bhd.

Ini berdasarkan Pemaju yang selama ini telah menerima pampasan sebanyak RM27 juta dan menyembunyikan maklumat bahawa Jajaran Asal dari Jalan Tok Dagang telah dipindah ke Taman kita serta perubahan dari laluan susurkeluar 2 lorong kepada Lebuh raya 6 lorong. Terutama kepada pembeli rumah di jalan Margosa 1, Margosa 6, Margosa 7 dan Margosa 18.

RISIKO

Bidalan melayu ada menyebut “KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN.’ Semua perkara ada risiko nya dan saya yakin risiko kita ini tidak lah sampai kita merana. Kita berusaha ALLAH yang tentukan. Yang pasti walaupun kalah kita tak rugi. Ini hak kita.

KOS GUAMAN

Jika disebut jumlah memang agar besar iaitu RM30,000-00 ke RM 40,000-00. Tetapi jika kita agih secara bersama dan merasai manisnya perjuangan ini kita hanya memerlukan setiaap rumah menyumbang sebanyak RM100-00 dengan di permudahkan lagi sebanyak RM50-00 sebulan. Disamping itu pihak jawatankuasa akan berusaha juga megumpulkan dana dari sumber lain bagi membiayai kos guaman ini


HARAPAN


Banyak perkara yang tak tertulis di lembaran ini. Sekiranya ada keraguan boleh hubungi jawantankuasa.Hanya satu harapan dari jawatankuasa bahawa perjuangan ini memerlukan sokongan padu dari semua penduduk. Tanpa sokongan ini tiada maknanya usaha yang diperjuangankan, kerana bagai kata perpatah melayu ‘BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG BULAT KATA DEK MUAFAKAT’

Sekian kami memohon sokongan anda semua penduduk Taman Bukit Margosa

“PROUD TO BE MARGOSA HEIGHT”

Friday, April 18, 2008

APA KHABAR SEMUA

Apa Khabar

1) Dato Ishak Ismail
2) Mustafa Salim
3) Saudari Qarizah
4) Pak Ya
5) Khalid Pantai
6) Peguam Ramzani
7) Usop Misai
8) Ir. Jamlus
9) Raden Mokhtar
10) Halim Lawyer
Dan lain rakan di dalam UMNO

Nantikan cerita menarik mereka.

czackPY

Thursday, April 17, 2008

Salam pengenalan

Untuk Semua blogger yang cintakan keadilan,

Salam maya kepada semua. Setelah bertahun melayari penulisan para blogger terdetik hati untuk menulis terutama selepas PRU 12.

Untuk peringkat awal saya akan menumpukan penulisan kepada aktviti di dalam Parlimen Seremban khusus dan N.Sembilan. Mohon bantuan pada semua blogger memberi pandangan dan tunjuk ajar kepada saya yang baru di bidang penulisan siber ini

Terima kasih

vczackPY